Tuesday, October 19, 2010

Mangkuk Yasin | Alternatif Penerang Hati & Penawar 1,001 Penyakit


Dan kami turunkan daripada al-quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman”                                                                                  (Al-Israa’: 82)

Bismillahhirrahmanirrahim….

KENAPA ULAMA terdahulu mempunyai akal yang cerdas, kuat ingatan dan hafalan ? Bijak berijtihad menyelesaikan masalah serta menguasai berbagai ilmu sejak kecil dan mempunyai tubuh badan yang sihat?  KENAPA?

JAWAPANNYA adalah amalan memakan makanan berkhasiat bersumberkan AL-QURAN, HADIS NABI dan PENDAPAT ULAMA PERUBATAN ISLAM.

Tiada siapa yang tahu tentang keajaiban hakikat manusia ciptaan Allah? Maka makanan ciptaan Allah khusus untuk minda seperti yang diwahyukan dalam Al-Quran, Hadis Nabi (s.a.w) dan pendapat Ulama Perubatan Islam sahajalah yang diyakini dapat memenuhi keperluan minda manusia.

MANGKUK YASIN

Mangkuk Yasin adalah gabungan seni ukiran ayat suci Al-Quran dari surah Yasin pada bekas minuman khusus untuk perubatan minda hasil kajian ilmiah yang mendalam bersumberkan dari KHAZANAH KITAB PERUBATAN ISLAM dan AL-QURAN. Mangkuk Yasin direka khusus sebagai alternatif bagi penyembuhan dan penawar untuk merawat penyakit Ruhani dan Jasmani.

BENARKAH AIR BOLEH MEMBACA TULISAN, MENDENGAR PERCAKAPAN DAN MEMAHAMI NIAT MANUSIA???

Air adalah sumber penyucian. Ia berupaya merakam gema serta niat, umpama kita mengambil wuduk membaca niat, mandi wajib berniat dan sebagainya. Setiap tempat yang sudah pun Bertekanan Rendah, akan berlaku pelbagai istilah “musibah” yang “berbunyi” umpama taufan, ombak, gempa bumi dan pelbagai lagi untuk menyerap/seimbangkan semula gema/getaran kepada tahap tenaga asal tempat-tempat itu. Tidak lain tidak bukan Allah Maha Pengasih Maha Penyayang menghantar suatu “Isyarat” agar jangan kita “terbuai dan terhanyut jauh” oleh nafsu nafsi dan kembali ke pangkal jalanNya!

Apabila kita renungkan berpuluh-puluh ayat Al-Quran tentang air, kita akan tersentak bahawa Allah rupanya selalu menarik perhatian kita kepada air. Bahawa air tidak sekadar benda mati. Air menyimpan kekuatan, daya ingatan, daya penyembuh, dan sifat-sifat aneh lagi yang menunggu disingkap manusia. Islam adalah agama yang paling melekat dengan air.

Inilah Buktinya :

Ahli saintis air Jepun : Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama dengan tekun melakukan penyelidikan tentang perubahan molekul air. Air murni dari mata air di Pulau Honshu didoakan secara agama Shinto, lalu didinginkan sehingga -5 °C di makmal, kemudian diambil gambar dengan mikroskop elektron dengan kamera halaju tinggi. Ternyata molekul air tersebut membentuk kristal segi enam yang indah.

Rupa Bentuk Molekul Air Yang Berlainan Mengikut Ayat Yang Diungkapkan :

Percubaan diulang dengan membacakan kata, “Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepun)” di depan botol air tadi. Kristal yang terbentuk sangat indah. Lalu dicuba dengan menghadapkan tulisan huruf Jepun, “Arigato”. Kristal membentuk dengan keindahan yang sama. Selanjutnya ditunjukkan kata “setan”, kristal berbentuk buruk. Diputarkan muzik Symphony Mozart, kristal muncul berbentuk bunga. Ketika musik heavy metal diperdengarkan, kristal hancur. Ketika 500 orang berkonsentrasi memusatkan pesanan “peace” di depan sebotol air, kristal air tadi mengembang bercabang-cabang dengan indahnya. Dan ketika dicuba dibacakan doa Islam, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan. Ternyata air boleh ”mendengar” kata-kata, “membaca” tulisan, dan boleh “mengerti” pesanan. Subhanallah!

Cuba anda pasangkan lagu rock yang hingar-bingar, sudah pasti anda akan merasakan satu situasi yang cukup serabut yang meranapkan segala ketenangan jiwa. Mungkin pada masa itu, molekul darah anda dah bertukar wajah menjadi barah rock, sebab itulah tiada ketenangan. Begitulah sebaliknya jika didengarkan lagu-lagu nasyid yang dipenuhi dengan puji-pujian kepada Allah serta selawat ke atas Nabi, anda akan rasa cukup tenang kerana molekul darah anda menjadi cantik dan teratur.

Dr. Masaru buktikan kesan perkataan Islam, gambar & Azan ke atas molekul air.


Jika hanya dengan memperdengarkan kata-kata yang baik, air sudah bertukar menjadi molekul yang cantik seperti kristal. Apatah lagi jika air menerima tulisan dari ayat-ayat Al-Quran ! sudah pasti molekulnya jauh lebih hebat bersinar terang benderang dan amat sesuai untuk dijadikan medium untuk merawat segala penyakit rohani dan jasmani. Air yang dilarutkan dengan ayat-ayat Al-quran akan bercahaya terang benderang sehingga dapat menolak segala kegelapan penyakit rohani dan jasmani. Ini kerana, kegelapan akan hilang bila datangnya cahaya. Cahaya itu ialah Al-Quran yang mulia.

Allah adalah sumber ilmu, manakala kitab-Nya pula sumber nur dan ilmu pengetahuan. Di dalam Al-Quran, Allah berfirman :

Allah mengurniakan  hikmat(rahsia ilmu) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan sesiapa yang dikurniakan hikmat maka sesungguhnya dia telah diberi kebajikan yang banyak; dan tiadalah yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berfikiran.”                                                                                  (Al-Baqarah : 269 )




PERUBATAN MENGGUNAKAN AIR DENGAN AYAT AL-QURAN

Ayat-ayat al-Quran itu adalah kalam Allah yang mengandungi makna atau pengertian-pengertian yang mendalam dan meluas disamping mempunyai ketentuan - ketentuan dan rahsia – rahsia yang tersembunyi. Dia bukan sahaja untuk pedoman hidup tetapi juga untuk perlaksanaan hidup setiap bani insan yang mempergantungkan diri setiap saat dan ketika dengan Yang Maha Esa.

Diriwayatkan bahawa Abi Al-Qaasim Al-Qusyairi pernah menghadapi kesusahan sebab anaknya sakit tenat sehingga dia hampir-hampir berputus asa untuk menggubatinya. Keadaan ini sangat mencemaskannya sehinga pada suatu  malam dia bermimpi menghadap Nabi s.a.w lalu dia mengadukan hal itu kepada Rasulullah s.a.w . lalu Rasulullah pun bertanya :

“Tidakkah engkau mempergunakan ayat-ayat Asy-Syifaa(penyembuh)?”

Al-Qusyairi pun lalu tersedar dan dicarinya ayat-ayat tersebut pada enam tempat dalam Al-Quran. Lalu Al-Qusyairi pun menuliskan ayat-ayat itu pada kertas dan dibasuhnya dengan air lalu diberi minum kepada anaknya, maka sembuhlah penyakit anaknya dengan serta merta. (Kitab Mukhtasar Fi Ma’ni Isma’Allah Al Husni :m/s 93)

Diriwayatkan Al-Allaamah Ibnu Al-Qayyim pernah berkata : Apabila teryata beberapa khasiat dan guna terhadap sesetengah ayat Al-Quran maka tiadalah keraguan lagi terhadap hukum Tuhan Rabul Aalamiin.

Katakanlah: “Dia(Quran) itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman.”                                                                                                 (Fussilat : 44 )

Didalam kitab Syarah Al-Bukhari, Al-Qastallaani pernah menulis : bahawa penyembuhan ruhani adalah lebih kuat daripada penyembuhan jasmani berdasarkan sebuah Hadis : “Sekiranya seorang laki-laki membaca Al-Quran diatas sebuah bukit(dengan tujuan menghancurkannya) dengan yakin nescaya hancurlah bukit itu.”

Kerana itu tidaklah hairanlah bahawa Ali b. Abi Talib menyebutkan bahawa Rasulullah telah bersabda : “Sebaik-baik ubat itu adalah Al-Quran”



MEMINUM AIR AYAT AL-QURAN SERTA HUKUMYA

Pengarang kitab “At-Tibbun nabawi” menulis : “Apabila sebahagian ayat Al-Quran itu mempunyai manfaat (guna) dengan izin Allah Ta’ala, maka janganlah lagi ada keraguan kamu terhadap kalamullah Ta’ala itu.” 

Allah telah berfirman :

Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pengajaran dari Tuhanmu (iaitu Quran) dan penyembuh bagi penyakit-penyakit dalam dada.”          (Yunus : 57 )

Imam Ahmad b. Hanbal pernah menjelaskan bahawa Al-Quran itu apabila ditulis pada sesuatu dan dibasuh serta diminum airnya, tiadalah ditegah ; malah dibolehkan seseorang menuliskan Al-Quran pada sesuatu bekas kemudian diberinya minum kepada pesakit, begitu juga dibacakan Al-Quran ke atas sesuatu, kemudian diminum (atau dimakan) ; semuanya tidaklah mengapa ataupun dengan membacakan Al-Quran di atas air kemudian dipercikkan ke atas pesakit ; juga menuliskan ayat dan diberi minum kepada perempuan yang susah bersalin. (Kitab Tib An-Nabawi : Asyamsi Ad-din : Ibnu Qayumul Juziah :  m/s 138  )

Imam Jalaaludian As-Suyuti dalam kitabnya “Al-Itqaan” menulis : Imam An-Nawawi di dalam kitab Syarah Al-Muhadzdzab menyentuh tentang hukum menuliskan Al-Quran pada papan tulis (lauh) atau sesuatu bekas kemudian dibasuh dan diberi minum kepada pesakit menurut kata Hasan Al-Basri , Mujaahid, Abu Qilaabah dan Al-Auza’i : tidaklah mengapa (dibolehkan).”  Jadi, pada mazhab kita As-Syafi’i  adalah harus kerana Al-Qaadhi Husain dan Al-Baghawi dan lainnya berkata : “Jika dituliskan Al-Quran pada manusia atau makanan , maka tidaklah mengapa memakannya .” (Kitab Khazinatu Al-Asrar : Assayyid Muhammad Haq’ Al-Nazali : m/s 67 )


ISTILAH MEMINUM AIR BASUHAN YASIN

Iaitu meminum air yang digunakan untuk membasuh tulisan ayat suci Al-Quran dari surah Yasin yang diukir dengan bahan yang bersih pada bekas yang bersih . Bekas yang digunakan biasanya mangkuk aluminium atau perak(tahan karat). Sebaik-baik air pembasuhnya ialah air zam-zam ataupun air bersih

                                        KAEDAH MENGGUNAKAN MANGKUK YASIN
* Tuangkan air bersih(masak) ke dalam mangkuk yasin sehingga penuh, selawat 3kali, kemudian minum.        * Minum pada waktu pagi sebelum sarapan  selama 40 hari.  Insyaallah anda akan merasai kesan-kesan positif yang akan berlaku kepada diri anda.

Nota:
  • Saiz Mangkuk Yasin adalah berdiameter 12.5cm.
  • Anda boleh minum sekerap yang mungkin.
  • Niatkan hajat yang diingini dan selawat sebelum minum.
  • Boleh dikumpulkan ke dalam botol untuk dibawa ke tempat kerja atau ke sekolah.
  • Selepas diguna, lapkan dengan kain bersih atau tisu.
  • Simpan ditempat yang bersih dan tertutup(Seeloknya dibalut dengan kain bersih).


 


FADHILAT DAN MANFAAT

Barangsiapa menuliskan surah Yaasiin dan kemudian meminumnya adalah masuk ke dalam hatinya seribu ubat, seribu nur, seribu keyakinan, seribu keberkatan, seribu hikmat dan seribu rahmat. Juga keluar dari dalamnya sekalian penyakit dan kejahatannya selain memperoleh hikmat dan rahsia-rahsia alam daripada Allah s.w.t ” (Kitab Al-Dar Al-Nazim : Al-A’lamah  Abu Muhammad Abdullah : m/s 102-103)

Dan banyak lagi manfat yang dapat diringkaskan seperti dibawah:

  • Mencerdaskan fikiran , menggilap akal , penerang hati dan penyinar akal , menguatkan hafalan bagi penghafaz al-quran dan hadis , menghilangkan sikap malas belajar , menghilangkan perasaan gemuruh ketika menghadapi peperiksaan , membuang penyakit-penyakit hati (hasad dengki,irihati dll.). 
  • Tonik tenaga pengingat bagi mereka yang lanjut usia , menyingkap pintu rahsia hati bagi mempertingkatkan sahsiah diri , mampu meneladani ilmuan-ilmuan Islam dizaman para tabi’in , memperolehi ilmu  dan rahsia-rahsia alam dengan izin Allah , mampu mempelajari sebarang ilmu dengan mudah , bijak berijtihad . 
  • Ditetapkan iman , menguasai fikiran(khusyuk) , pendinding diri dari mahkluk halus , memperolehi sumber ilham ketika jaga mahupun tidur , mampu menelaah kejadian ghaib ciptaan Allah , menguatkan ruhani , membasmi kelupaan , dikurniakan kesihatan yang baik dengan izin Allah . 
  • Menyempurnakan pancaindera , ikhtiar bagi pasangan yang sukar mendapatkan zuriat , tonik air selusuh yang mustajab , melancarkan percakapan bagi mereka yang gagap dan banyak lagi . Subahanallah..



PESANAN MENDAPATKAN MANGKUK YASIN

Harga mangkuk Yasin adalah RM90 seunit(termasuk kos penghantaran).  Sila hubungi @ sms dahulu Ustazah Rohani di nombor 017-6586681 bagi mengesahkan bilangan stok yang masih ada sebelum membuat pesanan, STOK ADALAH TERHAD.

KAEDAH PEMBAYARAN

Pembayaran RM90 boleh dibuat melalui kaedah Bank-In di cawangan Maybank berdekatan, ATAU kaedah Transfer(Maybank2u) ke nombor akaun 5644-0900-2243 (Maybank)  atas nama PUSTAKA AL AZHAR. Kemudian, sms-kan Nama Penuh, Alamat , Tarikh dan Masa pembayaran ke 017 - 6586681.

KAEDAH PENGHANTARAN

Kami akan mengepos menggunakan perkhidmatan Pos Laju sebaik sahaja pihak kami menerima pembayaran dan butiran daripada pembeli . Tempoh penghantaran adalah selewat-lewatnya 2 hari bekerja bagi Semenanjung Malaysia dan 3 hari bekerja bagi Sabah & Sarawak. Insyaallah..